PENGENALAN 📔

Briged Sukarelawan UiTM Cawangan Terengganu ditubuhkan pada Mac 2022 oleh Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Terengganu di bawah kelolaan Pegawai Kokurikulum ketika itu. Persatuan ini telah dilihamkan dari Briged Sukarelawan UiTM yang telah ditubuhkan di Kampus Shah Alam bagi menjalankan aktiviti sukarelawan dan bantuan kemanusiaan di seluruh negara. Dengan moto, “Berbakti di mana jua, Berbudi sepanjang masa” menunjukkan bahawa tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menabur bakti di mana sahaja tanpa mengira masa bagi menjalankan aktiviti khususnya berkaitan kesukarelawanan dalam usaha untuk membantu masyarakat.