OBJEKTIF PENUBUHAN · Menjalankan aktiviti kesukarelawanan sama ada di dalam atau luar kampus yang akan memberi manfaat kepada warga UiTM atau masyarakat setempat. · Membentuk sekumpulan pelajar yang sedia berkhidmat kepada masyarakat pada bila –bila masa dan dalam apa jua keadaan terutama ketika bencana alam. · Melatih setiap ahli agar mahir dalam bidang tertentu yang akan digunakan semasa aktiviti kesukarelawanan seperti bantuan awal kecemasan, teknik pemadaman api, teknik ikatan dan sebagainya. · Memupuk semangat kesukarelawanan dan semangat kerjasama dalam diri setiap ahli persatuan.
Posts
PENGENALAN 📔 Briged Sukarelawan UiTM Cawangan Terengganu ditubuhkan pada Mac 2022 oleh Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Terengganu di bawah kelolaan Pegawai Kokurikulum ketika itu. Persatuan ini telah dilihamkan dari Briged Sukarelawan UiTM yang telah ditubuhkan di Kampus Shah Alam bagi menjalankan aktiviti sukarelawan dan bantuan kemanusiaan di seluruh negara. Dengan moto, “Berbakti di mana jua, Berbudi sepanjang masa” menunjukkan bahawa tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menabur bakti di mana sahaja tanpa mengira masa bagi menjalankan aktiviti khususnya berkaitan kesukarelawanan dalam usaha untuk membantu masyarakat.